Kenali Personaliti Melalu Cara Pemakaian Jam Tangan

Benarkah personaliti seseorang boleh ditafsirkan melalui cara pemakaian jam tangan? Mungkin bagi anda yang selama ini tidak peduli mengenai cara anda memakai jam tangan, boleh berfikir semula kerana anda boleh dikenali melalui cara pemakaian jam tangan.

Walaupun hal ini tidak semestinya tepat 100%, ada kemungkinan ianya bersangkutan dengan diri anda.

Personaliti pemakai jam tangan di tangan kanan

Mereka yang memakai jam tangan di tangan kanan dikatakan seorang yang setia dan manja tetapi agak garang dengan orang tersayang.

Namun mempunyai personaliti yang cukup rumit dan mempunyai motivasi diri yang tinggi. Mereka juga dikatakan amat berpegang dengan prinsip hidup. Ini membuatkan orang sekeliling berasa rimas dan tertekan kerana mereka akan membawa sikap keras kepala, kuat memberontak dan tidak mudah untuk mengikuti arahan orang lain.

Mereka juga pantang dicabar dan selalunya berhati kering.

Paling comel, mereka lebih suka menyendiri apabila sedang menghadapi masalah. Agak pendiam tetapi banyak cakap bila bersama seseorang yang rapat dengan mereka.

Mereka yang memakai jam tangan di tangan kanan juga seseorang yang mudah menghulurkan bantuan kepada orang lain.

Personaliti pemakai jam tangan di tangan kiri

Sebaliknya mereka yang memaki jam tangan di tangan kiri mempunyai hati yang agak lembut walaupun suka berperangai pelik.

Tapi berhati-hati kerana mereka amat mudah terasa hati dan marah walaupun kemarahan mereka cepat reda.

Pemakai jam tangan di tangan kiri juga dikatakan seseorang suka bergurau, kreatif dan mudah tersenyum termasuk ketika mereka sedang berdukacita.

Admin Belibelah.my pakai jam tangan di tangan kiri. Isteri admin selalu kena marah, kesian dia. Tapi selalunya tak sampai 1 jam admin cair balik dan dakap dia kuat-kuat sambil minta maaf.

Leave a Reply